suria

Najib Kongsi Cerita Tentang Kucing Peliharaannya Di Facebook

-foto FB Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata kucing-kucingnya akan 'menjaga' rumahnya ketika beliau mengadakan lawatan seminggu ke China.

Najib akan berada di Beijing dari Isnin (31 Oktober) hingga Ahad depan (6 November) dalam rangka lawatan di mana beliau dijangka akan mengukuhkan pelaburan dan hubungan dua hala dengan China. Beliau akan diiringi oleh puluhan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan.


Sebelum lawatan itu, Najib telah berkongsi 'posting' di Facebook, di mana beliau berkata kucing-kucingnya akan menjadi tuan rumah dan akan bersuka-ria sepanjang ketiadaannya.

Mengiringi 'posting' itu adalah sekeping gambar yang menunjukkan empat ekor kucing sedang berkeliaran di sebuah ruang, dilihat seperti ruang tamu rumah.


"Saya akan ke China untuk lawatan rasmi beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah mereka nanti," tulisnya.

Sebelum ini Najib juga pernah berkongsi telatah kucing beliau di media sosial.

Dalam aplikasi perkongsian foto Instagram tiga minggu lalu, Najib berkongsi cerita tentang 'Simba'.

"Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja," tulisnya.

Lawatan Najib ke China dibuat atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Semasa lawatan tersebut, perdana menteri dijadual akan melawat Beijing, Tianjin, Guan dan Zhangjiakou.

Artikel Lain