suria

Akta Sumbangan Dan Perbelanjaan Politik Perlu Diwujudkan Segera - Azalina

Azalina Othman Said.

KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) perlu diwujudkan segera berikutan pendedahan oleh portal antarabangsa DC Leaks berhubung tajaan dana oleh Open Society Foundations (OSF) terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkepentingan politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya hari ini berkata pendedahan itu menguatkan lagi keperluan dan justifikasi terhadap perlunya akta itu diwujudkan.

Katanya penglibatan George Soros dalam penyaluran dana kepada NGO berkepentingan politik perlu diambil serius dan siasatan terperinci perlu dibuat bagi memastikan dana yang diterima tidak disalah guna serta mengancam kedaulatan negara.

Azalina berkata PDEA juga boleh diperluaskan kepada NGO berkepentingan politik yang menyalahgunakan dana mereka.

"Kita bimbang akan campur tangan asing tanpa sebarang sekatan ini akan membawa kepada agenda tertentu yang boleh merosakkan negara," katanya. - BERNAMA

PDEA, Azalina Othman Said

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain