suria

Nelayan Ditemui Mati Dalam Bot Di Tengah Laut

- Gambar hiasan
LANGKAWI: Seorang nelayan tempatan ditemui mati di dalam botnya yang hanyut di tengah laut berdekatan Pulau Segantang, kira-kira 33 kilometer ke selatan Langkawi, Rabu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Vincent Rajamoney berkata mayat Dahadi Ab Samad, 45, ditemui dalam bot itu oleh bot peronda agensi tersebut kira-kira pukul 3 petang tadi.

"Bot bersama mayat itu kemudiannya ditunda ke jeti APMM Bukit Malut di Langkawi sebelum mayat tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Vincent, APMM telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat pada Isnin lepas ekoran laporan polis yang dibuat isteri mangsa pada hari yang sama.

"Mangsa dilaporkan telah keluar ke laut untuk mencandat sotong pada pukul 5 petang 30 Okt dan sepatutnya balik pada keesokan harinya," kata Vincent.

APMM, nelayan, Pulau Segantang

Artikel Lain