Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata dakwaan bahawa Tabung Haji akan mengalami defisit RM3.09 bilion, jika pendesposit mengeluarkan simpanan masing-masing, sebenarnya, kerugian tidak nyata yang tidak perlu ditolak daripada jumlah keuntungan tahun itu.
"TH tidak akan membayar bonus melainkan jika jumlah aset lebih tinggi daripada jumlah liabiliti bagi tahun berkenaan.
"Ini menunjukkan bahawa apabila TH membayar bonus, ia juga dapat memenuhi kewajipan terhadap pendeposit," katanya pada taklimat media mengenai kedudukan kewangannya di sini.
Beliau juga berkata TH berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi semua kewajipannya jika perlu memandangkan aset boleh direalisasikan berjumlah RM64.74 bilion.
Malah, Tabung Haji mencatatkan lebihan aset bersih bernilai RM1.44 bilion dalam tempoh yang sama, katanya.
"Kami menegaskan bahawa kami telus dalam pendedahan kewangan yang diterbitkan dalam Laporan Tahunan 2015, dan memberi tumpuan ke ats perkara yang perlu untuk melaburkan sumber-sumber kami bagi memberi pulangan yang lebih bermakna kepada pendeposit.
"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu menangani sebarang maklumat yang mengelirukan orang ramai, kerana ini akan menyebabkan pendeposit mengeluarkan wang mereka dan hilang giliran untuk menunaikan haji, seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.