BEIJING: Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines akan mengadakan penerbangan di lapan destinasi baharu dan 11 laluan penerbangan baharu mulai Januari 2017. "Ini diterjemahkan menjadi 35 kekerapan tambahan (penerbangan) antara Malaysia dan China mulai Januari 2017," katanya semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama China's Alibaba.com di sini Jumaat. Turut hadir pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Alibaba Jack Ma, yang juga jutawan internet China. Najib berkata antara laluan penghubung baharu itu adalah Nanjing, Haikou, Wuhan dan Fuzhou, dijangka berada di dalam laluan MAS dalam tempoh suku pertama tahun depan. - BERNAMA