Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya kini sedang menjalankan percubaan penggunaan bahasa isyarat itu sehingga Jumaat ini bagi menguji keberkesanannya dalam persidangan DUN nanti.
"Kemudahan bahasa isyarat ini dijalankan dengan kerjasama TV Selangor, saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor. Persidangan dewan boleh diikuti secara langsung menerusi TV Selangor," katanya dalam sidang media selepas selesai persidangan DUN di sini, Selasa.
Yeoh berkata Selangor menjadi negeri pertama mengguna pakai penggunaan bahasa isyarat dalam sesi persidangan dewan dan para sukarelawan dari Persatuan Orang Pekak Selangor akan membantu mengendalikan bahasa isyarat itu.
Sidang dewan disambung esok.