suria

Caj RM20 Setiap Kenderaan Di Sempadan Thailand Belum Muktamad

GEORGE TOWN: Kerajaan masih mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan caj kepada semua kenderaan  persendirian di sempadan Malaysia-Thailand pada tahun  depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, caj RM20 akan dikenakan seperti di Johor.

“Kami mahu seragamkan semua sempadan imigresen dengan sistem komputer, bagi mengawal kegiatan jenayah seperti kegiatan klon kenderaan,” katanya.

Tambahnya, sistem caj yang diaktifkan di kedua-dua jalan masuk Johor, Tambak Johor dan Laluan Kedua telah berjalan lancar sejak dilaksanakan pada 1 November.

 
 

Abdul Aziz Kaprawi, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain