suria

Selepas Ayam, Kambing, Lembu Dan Monyet, Angsa Pula Dicuri Di Melaka

- Gambar hiasan
MELAKA: Dua puluh ekor angsa telah hilang dari kawasan rumah seorang pegawai perubatan di Klebang.

Haiwan itu dipercayai telah dicuri.

Sekumpulan angsa itu menyertai senarai haiwan dan produk haiwan yang telah 'lesap' dari tempatnya di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai perubatan berusia 50 tahun itu yang tinggal di sebuah banglo mendapati haiwan peliharaannya itu hilang dari kawasan kurungannya, Jumaat.


Pengerusi Pencegahan Jenayah Melaka R.A. Saravana Theertha berkata, pasukannya telah cuba membantu pemilik mencari angsa yang hilang.

Beliau berharap ia akan ditemui tidak lama lagi dan haiwan tersebut tidak 'berakhir' di meja makan.

"Pencuri seolah-olah mensasarkan semua jenis haiwan atau dagingnya sejak akhir-akhir ini," katanya.

Pada Khamis, seorang peniaga di Pasar Jalan Temenggong yang berusia 51 tahun telah hilang sebungkus daging babi hiris.

Saravana kata peniaga itu terkejut kerana pencuri telah memecah masuk gerainya dan tetapi hanya mengambil daging babi.

Dalam satu lagi kes, pencuri telah membawa lari dua ekor monyet di Sungai Rambai, Jasin, pada Ogos lalu, menurut beliau.

"Ada juga kes ayam, kambing dan lembu hilang di Jasin dan Alor Gajah.

"Tetapi mencuri angsa adalah sesuatu yang baharu," kata Saravana.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata polis sedang menyiasat kes-kes tersebut.

Artikel Lain