suria

Dakwaan Stereng Axia Terkunci Tidak Berasas - Perodua

KUALA LUMPUR: Perodua Sales Sdn Bhd hari ini menafikan dakwaan berlakunya masalah stereng kereta model Axia terkunci seperti yang dipaparkan sesetengah pihak di laman media sosial baru-baru ini.

Pengarah Urusan, Datuk Dr. Zahari Husin berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan syarikat itu bersama beberapa agensi berkaitan telah membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan berkenaan.

"Kami kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu yang telah menjejaskan jenama Perodua. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Perodua juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bersesuaian ke atas pihak yang bertanggungjawab.

"Perodua memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan yang ketat, yang ditetapkan Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.-Bernama

Stereng Axia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain