suria

Batalkan Perhimpunan, Kata Zahid Kepada Bersih, Baju Merah

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Kumpulan Bersih 2.0 dan kumpulan Baju Merah telah dikeluarkan amaran terakhir oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang 19 November ini.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa menggesa agar perhimpunan itu dibatalkan adalah penyelesaian terbaik dan beliau memberi amaran kepada penganjur kedua-dua kumpulan bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan masing-masing.

"Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, sama ada merah atau kuning. Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kedua-dua pihak perlu membatalkan perhimpunan itu.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dari segi tindakan yang akan diambil terhadap mereka di bawah undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2017 awal bulan ini berkata, Bersih dan kumpulan Baju Merah perlu mencari saluran yang lebih baik untuk menyuarakan masalah mereka.

Beliau juga berkata, jika tidak ada 'kuning', warna baju yang yang dipakai oleh penyokong Bersih, maka tidak akan ada  bantahan balas oleh kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Jamal secara terbuka mengancam tindakan keganasan terhadap Bersih dan telah berikrar bahawa pengikutnya akan 'melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan Bersih 5'.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat melarang kedua-dua kumpulan daripada berkumpul di Dataran Merdeka untuk perhimpunan Sabtu ini.

Artikel Lain