suria

Tindakan Tun M Pakai Baju Bersih Tidak Wajar Sebagai Negarawan - Nur Jazlan

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memakai  baju T Bersih untuk mempromosikan perhimpunan haram adalah tidak wajar bagi seorang negarawan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perbuatan itu bercanggah dengan prinsip bekas perdana menteri itu berhubung demonstrasi haram.

"Masa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim buat demonstrasi pada 1998 dahulu, dia (Dr Mahathir) guna ISA (Internal Security Act) untuk menghalang demonstrasi seperti itu," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Dr Mahathir muncul dalam klip video memakai baju T ketika mempromosikan perhimpunan haram di media sosial Rabu.

Nur Jazlan juga menggesa pengamal media supaya berhenti daripada  mensensasikan pergerakan Bersih dan Baju Merah

"Oleh kerana perhatian anda yang berterusan mengenai perkara ini, mereka mendapat liputan ... jik anda berhenti mengetengahkan dan mensensasikan mereka, minat kepada demonstrasi akan berkurangan,"katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid hari ini mengulangi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penganjur perhimpunan Bersih dan Baju Merah Sabtu ini.
baju Bersih, negarawan, Tun M

Artikel Sebelum

Murid Hidap Kanser Usus Catat 6A

Artikel Berikut

Artikel Lain