suria

Faktor Luaran Antara Penyebab Kos Sara Hidup Meningkat - Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan kos sara hidup rakyat bukan berpunca daripada faktor dalaman semata-mata, malah turut didorong faktor luaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan penstrukturan semula subsidi tidak dapat dielakkan berikutan penurunan pendapatan negara yang mendadak kerana kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Kejatuhan harga minyak ini pula tiada kaitan dengan kerajaan, ia adalah faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan...namun kerajaan telah mengambil banyak tindakan intervensi, katanya dalam catatan di Twitternya pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain