Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak membuang kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua belas tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Hamzah berkata Isnin lepas, polis mendapat maklumat daripada orang awam pada 8.23 malam yang menjumpai bayi berkenaan di hadapan masjid itu.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan di dalam kotak bersama bayi tersebut.
Katanya bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.