suria

Bekas Editor Bisnes The Star Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Editor Bisnes The Star, P.Y.Chin (Chin Pong Yuan) meninggal dunia Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jumaat petang.

Chin,67, mula menyertai Tha Star lewat tahun 1970-an dan bersara pada tahun 2000.

Isterinya, Lee Meng Foon,68, berkata, Chin mengalami serangan jantung pada malam sebelum dia meninggal dunia.

Malah Chin juga mengalami jangkitan dalam badannya dan menjalani dialisis sejak 13 tahun lalu.

"Walaupun mengalami kesakitan dan penderitaan, dia tetap terus menulis.

"Biarpun matanya telah buta sebelah, dia terus menyumbangkan idea-idea, mengadap komputer dan menulis serta membuat analisis terhadap kerjanya setiap minggu.

"Dia suka menulis dan amat bersemangat walaupun mengalami masalah fizikal," ujar Lee.

Chin meneruskan kerjayanya sebagai penulis bebas di beberapa syarikat penerbitan bisnes termasuk menjadi kolumnis di Focus Malaysia selepas meninggalkan The Star.

Chin menghembuskan nafas terakhirnya di samping kaum keluarga termasuk isteri serta anak lelakinya Raymond,35, dan anak perempuan Melissa berusia 33 tahun.

Acara penghormatan akhir di adakan di kediamannya di No.1 Jalan BU 1/2, Bandar Utama pada Sabtu dan Ahad.

Manakala upacara pembakaran mayat Chin akan diadakan di Krematorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain