suria

Kanak-Kanak Tergelincir Dalam Sungai Ditemukan Lemas

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tergelincir ketika sedang bermain di Sungai Hulu Langat dekat Kampung Batu 9, Cheras, di sini petang semalam, ditemukan mati lemas di sungai itu, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata mangsa, Aiman Safuan Mohd, 10, ditemukan pada pukul 11.05 pagi iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh.

Menurut Othman, Aiman Safuan tergelincir dipercayai ketika cuba mengambil selipar rakannya yang jatuh ke dalam sungai itu kira-kira 6.40 petang Ahad.

"Ketika kejadian Aiman Safuan bermain bersama tiga lagi rakannya di tepi sungai itu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras," katanya ketika dihubungi Bernama.

Othman berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada pukul 7 petang semalam ekoran keadaan semakin gelap dan bersambung semula pukul 8 pagi tadi.

"Selain polis, operasi ini turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Lemas

Artikel Sebelum

Sistem M-BIKE Bermula Rabu

Artikel Berikut

Artikel Lain