suria

Polis Perlu Maklumat Video Lelaki Dipukul Dengan Batang Buluh

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta membantu polis dengan memberikan maklumat berkaitan video viral yang menunjukkan seorang lelaki memukul seorang lelaki lain dengan batang buluh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih belum mengenal pasti mangsa atau pelaku dalam video itu.

"Sesiapa yang tahu atau mempunyai maklumat, sila tampil ke hadapan dan beritahu kami," katanya pada sidang akhbar di sini.

Khalid mengulas mengenai klip video 51 saat itu yang dimuat naik oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, Isnin.

Video menunjukkan mangsa terperangkap di satu sudut bilik tidur, merayu supaya pelaku itu berhenti memukulnya.

Penyerang itu dilihat berulang kali memukul mangsa di bahagian kaki.

Seorang lagi lelaki dalam video itu yang dilihat seperti berada di pintu bilik tidak membuat sebarang usaha untuk menghentikan rakannya daripada terus memukul mangsa.

Tidak dapat dipastikan tentang punca kejadian atau bila ia berlaku.

Video ini telah dikongsi lebih 7,000 kali di Facebook dan telah menerima lebih 900 komen.

Netizens telah menggesa pihak polis untuk menyiasat kejadian pukul itu.
video viral, batang buluh

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan