suria

Jambatan Pejalan Kaki Runtuh: Seorang Pekerja Terperangkap Selamat

Salah seorang pekerja yang berasal dari Bangladesh berjaya diselamatkan pihak bomba. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua pekerja dari Bangladesh yang terperangkap di bawah runtuhan jambatan pejalan kaki berhampiran Mid Valley Megamall di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum berjaya diselamatkan.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di kedua belah kakinya terus dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian terhadap mangsa kedua.

Sebelum ini, dilaporkan seorang pekerja dari Vietnam terbunuh di tempat kejadian, manakala empat orang lagi cedera dan dua terperangkap di bawah runtuhan.

Jambatan yang runtuh itu sudah 80 peratus siap pembinaan.

"Kami masih menyiasat punca insiden ini," jelasnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit K9 turut menyertai operasi mencari dan menyelamat kejadian ini.

jambatan runtuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain