suria

Dua Kereta Bertembung Di Nilai, Enam Cedera

SEREMBAN: Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Nilai dekat sini pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya enam orang turut dilaporkan cedera.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kasim, anggota penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan wanita tersebut ekoran insiden yang berlaku pukul 12.30 pagi di jalan utama Eka Matahari.

"Pelanggaran itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan Proton Wira.

"Empat lelaki dan dua wanita cedera dalam kejadian berkenaan," katanya.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Nilai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain