suria

Umat Islam Perlu Bersatu Untuk Kuat Semula - Nik Abduh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya mendengar ucapan Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Stadium Titiwangsa pada 4 Disember 2016. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar kembali merapatkan saf untuk menjadi kuat semula.

Ketika berucap di Stadium Titiwangsa di sini pada Ahad sempena Himpunan Solidariti Rohingya, Nik Abduh berkata, nasib yang meninpa masyarakat minoriti Islam di Myanmar disebabkan (perpaduan) lemah, sekali gus menjadi mangsa penindasan.

"Apabila melihat saudara seagama kita lemah dan ditindas, kita perlu bersatu-padu untuk menjadi kuat kerana hanya yang kuat boleh membantu yang lemah.

"Allah memberi kekuatan kepada kita dan kekuatan itu hanya diperolehi jika kita bersatu. Kekuatan tersebut tidak akan wujud jika kita berpecah. Kita mesti bersatu," katanya.

Ribuan peserta membanjiri kawasan luar dan dalam stadium itu sebagai tanda solidariti terhadap etnik Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar.

Antara yang hadir termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain