PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya menyiasat seorang pengguna Twitter kerana menghasut. Pengguna Twitter @bvadivel telah memuat naik status mengenai rusuhan 1969 dan kejadian di Kampung Medan 2001. Khalid juga turut berkongsi tweet @bvadivel dalam akaun peribadinya dan dan berkata ianya adalah menghasut dan penyalahgunaan media sosial. Tambahnya, beliau telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk mengesan pengguna tersebut dan mengambil tindakan terhadap @bvadivel.