suria

Kabinet Lulus Pemeriksaan Kesihatan 1.9 Juta Pekerja Asing Setiap Tahun

SERDANG: Seramai 1.9 juta pekerja asing yang berdaftar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun, mulai Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Kabinet telah meluluskan polisi baharu melibatkan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing.

“Kami telah meluluskan pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja asing mulai sekarang,” katanya di perasmian Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha).

Namun, Dr Subramanaim berkat, polisi ini hanya terbuka kepada pekerja asing yang sah dan berdaftar sahaja.

Tambahnya, pemeriksaan ini akan melindungi beberapa jenis penyakit berjangkit dan bukan sahaja tanggunjawab Kementerian Kesihatan, malah merupakan tanggungjawab semua agensi yang berkaitan.

Selain itu, beliau berkata, Sabah bimbang bahawa peningkatan dalam kes batuk kering disebabkan kebanjiran kemasukan pekerja asing tanpa izin.

Buat masa sekarang, pekerja tersebut dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di negara sendiri sebelum memasuki Malaysia.

Selepas itu, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak tiga kali dalam masa tiga tahun pertama.

Sebanyak tiga peratus daripada populasi ini, atau seramai 60,000 pekerja asing tidak mempunyai kesihatan yang memuaskan.

Subramaniam, Maha

Artikel Lain