suria

Pemandu Nyaris Maut, Lori Kontena Terbakar

SHAH ALAM: Seorang pemandu berusia lingkungan 40-an nyaris maut apabila lori kontena yang dipandunya terbakar di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini, malam Selasa.

Difahamkan berlaku letupan sewaktu kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian lori itu dipercayai dari Pelabuhan Utara menghala ke Pelabuhan Barat.

"Siasatan menunjukkan lori kontena yang membawa gulungan kertas telah terbakar hampir 90 peratus.

"Pemandu lori, bagaimanapun, sempat memberhentikan kenderaannya dan bertindak keluar selepas mengesan kebakaran di kontena tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Menurut Mohd Sani, pihaknya menerima maklumat itu kira-kira pukul 8 malam sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Andalas, Klang dihantar ke tempat kejadian.

Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

lori kontena, kebakaran

Artikel Lain