PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menolak muatnaik di media sosial mendakwa gangguan bekalan elaktrik akan berlaku pada Ahad, 18 Disember ini.
Pengurus Besar Kanan(Hal Ehwal Komunikasi Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin menggesa pengguna untuk berhenti berkongsi maklumat berhubung perkara itu yang boleh mengelirukan pelbagai pihak.
"Pengguna dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh mengelirukan ramai itu.
"Untuk sebarang maklumat berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan TNB, pengguna dinasihatkan melayari laman web (https://www.tnb.com.my/residential/power-alert/)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Maklumat palsu yang dimuatnaik itu telah mula dikongsi di Facebook sejak beberapa hari lalu mendakwa akan berlaku gangguan bekalan elektrik di seluruh negara antara pukul 10 pagi hingga 5 petang pada 18 Disember ini.