IPOH: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Hakim Murtazadi Amran juga mengarahkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan, jika tertuduh yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 45 gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu. Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa melakukan kesalahan itu sejak April 2015 hingga Julai 2016. Pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semasa didakwa pada 30 Oktober lalu, Vida mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mengemukakan penyata GST mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.