suria

Amanah Tetap Tak Minat Dengan PKR

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi mengulangi pendirian mereka yang tidak berminat untuk bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu penggabungan antara dua sekutu politik itu langsung tidak berbangkit kerana mereka turut berperanan membentuk gabungan pembangkang baharu bersama DAP.

"Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Pakatan Harapan (gabungan PKR-DAP-Amanah) telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti di dalamnya semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.

"Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata idea penggabungan itu perlu dipertimbangkan dengan teliti.

Kata beliau yang juga Menteri Besar Selangor, sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata cadangan supaya PKR dan Amanah bergabung telah dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

PKR, Amanah, Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain