PETALING JAYA: Ia umpama mimpi ngeri paling buruk bagi Datin Hasnah Abdul Rahman apabila anak autistiknya, Ahmad Ziqri Morshidi didapati hilang. Pengalaman pahit itu bermula kira-kira pukul 11 pagi Isnin apabila Ahmad Ziqri mengajak ibunya untuk menaiki MRT selepas menonton video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki sistem pengangkutan awam baharu itu. "Anda lihat, dalam fikirannya dia berpendapat bahawa jika menaiki MRT, dia mungkin berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Hasnah menerusi posting di Facebook. Bagaimanapun apabila mereka tiba di stesen MRT, Ahmad Ziqri menaiki salah satu daripada gerabak dengan sendiri dan dia telah terpisah dengan keluarganya. Hasnah segera memaklumkan mengenai situasi berkenaan di media sosial untuk makluman keluarga dan rakan-rakan. Dia juga menghampiri Pusat Operasi MRT di mana pegawai di sana segera mengimbas rakaman CCTV bagi mengenal pasti lokasi anaknya. Terima kasih di atas tindakan pantas oleh kakitangan MRT, unit keselamatan dan polis bantuan kerana Ahmad Ziqri ditemui selamat kira-kira sejam kemudian di stesen TTDI. Menurut Hasnah, Ahmad Ziqri mempunyai autisme klasik iaitu dia akan bertindak hiper serta kurang menumpukan perhatian. Wanita berusia 57 tahu itu berkata walaupun secara fizikalnya Ahmad Ziqri berusia 20 tahun namun secara emosinya dia baru berada dalam lingkungan umur 11 atau 12 tahun.