suria

Bayi Berbalut Kain PPUM Ditemukan Di Bawah Pokok

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira dua minggu ditinggalkan di bawah sebuah pokok di belakang sebuah pangsapuri di SS16, Jalan Kemajuan di Subang Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadar berkata, bayi itu lengkap berpakaian dan berada dalam keadaan sihat ketika ditemukan pada tengah hari Isnin.

Bayi tersebut turut dibalut dengan kain yang tertulis Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Mohammad Azlin, bayi seberat kira-kira 2.85 kilogram tersebut ditemukan oleh seorang pemandu Uber yang menurunkan penumpang dekat pangsapuri itu.

"Ketika pemandu terbabit mahu meninggalkan kawasan tersebut, dia terdengar tangisan bayi sebelum menghubungi pihak polis.

"Bayi itu dipercayai dibawah ke PPUM dan kain yang digunakan untuk membalutnya berasal dari pusat perubatan tersebut.

"Kemungkinan bayi berkenaan dilahirkan di PPUM dan pihak hospital akan melakukan pemeriksaan tentang rekod bayi terbabit," katanya.

Selain itu, lampin pakai buang, sabun bayi, susu dan botol susu turut ditemukan dalam beg plastik bersama bayi tersebut.

Namun tiada sebarang dokumen ditemukan.

PPUM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain