PUTRAJAYA: Tayar sebuah pesawat AirAsia dari Chennai kempis ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) awal Rabu, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu. Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata semua penumpang dan anak kapal Penerbangan AK12 itu bagaimanapun keluar daripada pesawat berkenaan dengan selamat. Penerbangan berjadual dari Chennai itu mendarat di klia2 pada kira-kira pukul 6 pagi. "Kami memohon maaf atas keadaan tidak selesa yang dialami tetamu kami," kata syarikat penerbangan itu. - BERNAMA