suria

Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat Tiga Rumah Kedai

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga India maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar 12, Puchong dekat sini, pada Rabu dipercayai ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pihak polis.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah kedai ketika sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya membuat serbuan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Aminuddin Megat Alias berkata wanita  berkenaan jatuh di tingkat satu bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya ketika dihubungi di sini.

"Namun polis masih menjalankan siasatan dari pelbagai sudut bagi memastikan punca sebenar kejadian.

"Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu siasatan yang dijalankan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain