suria

APM Tangkap Ular Sawa Seberat 10KG Di Pontian

Anggota APM berusaha menangkap seekor ular sawa seberat 10 kilogram di Pontian. Foto: Bernama

JOHOR BAHRU: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertarung hampir 10 minit sebelum menangkap ular sawa seberat 10 kilogram dan sepanjang tiga meter di Kampung Desa Harapan, Bukit Batu dekat Pontian pada Jumaat lalu.

Menurut Pegawai APM Pontian, Staf Kanan Mohd Hairol Isahak berkata pada kejadian kira-kira 9.50 pagi itu, seorang penduduk kampung menyedari kehadiran ular berkenaan di reban itik angsa miliknya.

“Tuan rumah berkenaan menyedari kehadiran ular sawa itu ketika hendak memeriksa reban angsa miliknya di belakang rumah. 

"Seramai empat anggota cuba menangkap ular sawa itu yang agak agresif, dipercayai baru sahaja memakan angsa di situ," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Hairol berkata reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut. -Bernama

Ular Sawa, APM, Pontian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain