suria

Kalendar Bomba Kembali

PETALING JAYA: Kalendar tahunan yang memaparkan imej lelaki gagah perkasa kini kembali dan sedia untuk diedarkan.

Seperti kebiasaannya, kalendar 2017 Jabatan Bomba dan Penyelamat sekali lagi menampilkan imej anggotanya yang berbadan sasa menjalankan tugas.

Bagaimanapun kalendar itu bukan sahaja menonjolkan bentuk fizikal anggota bomba namun usaha mereka selama ini dalam memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Walaupun separuh daripada kalendar itu memaparkan imej anggotanya yang mempunyai biseps berkilauan, separuh lagi memberi tumpuan kepada misi harian mereka seperti menyelamat di tapak kemalangan, memadamkan kebakaran hutan dan sebagainya.

Selain itu kalendar edisi 2017 juga memaparkan imej anggota wanita menjalankan tugas-tugas harian seperti rondaan motosikal dan pertolongan cemas.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, semua model kalendar itu adalah di kalangan kakitangan sepenuh masa pasukan berkenaan.

Namun harus diingat, kalendar berkenaan tidak dijual tetapi hanya untuk edaran dalaman.

Orang ramai boleh cuba mendapatkannya di acara-acara rasmi pasukan bomba dan berdasarkan rekod ia dicetak dalam jumlah yang terhad.

Bomba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain