Guru di SK Tengku Bariah berusia 54 tahun itu berkata, seorang bekas pemenang ratu cantik telah memberikan galakan kepadanya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
"Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan ratu cantik sebelum ini. Peserta dikehendaki memakai kebaya dan pakaian lain yang diputuskan oleh pihak penganjur," kata Bee Loon yang mempunyai empat anak dan seorang cucu.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk See Meng Geok yang juga Pengerusi Wanita MCA Terengganu berkata, 10 wanita telah mengambil bahagian dalam pertandingan kategoti Mok yang terbuka kepada wanita Cina dari Terengganu, berumur 45 tahun ke atas.
Sementara itu, 12 orang wanita telah mengambil bahagian dalam peraduan kategori Mek yang terbuka kepada wanita Cina dari seluruh negara yang berumur 45 ke bawah.
"Kami menganjurkan pertandingan ratu cantik untuk tahun kedua berturut-turut.
"Selain mempromosikan kebaya, kami juga mahu mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017," katanya.
"Pemenang akan ditentukan oleh jumlah 'like' di Facebook dan dianggarkan seramai 800 orang yang akan menghadiri majlis makan malamnya.
"Para peserta hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk peserta pilihan mereka.
"Orang ramai boleh mengundi dengan berkunjung ke laman Facebook Mok & Mek Kebaya Beauty Contest," katanya.