suria

Jakim Digesa Tidak Lanjutkan Sijil Halal Ke Atas Premis

Notis mengenai kek halal oleh McDonald's.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa untuk tidak melangkaui batasannya dengan melanjutkan pensijilan halal terhadap premis, berbanding hanya makanan.

Ia susulan pengumuman McDonald's Malaysia baru-baru ini mengenai hanya kek yang mendapat pensijilan halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.

Presiden bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet), Gan Ping Sieu berkata, tidak seharusnya ada sekatan terhadap pengunjung yang membawa makanan tidak halal ke dalam premis makanan halal.

Beliau berkata, sijil halal Jakim hanya terpakai ke atas makanan yang disediakan di cawangan makanan dan minuman itu, dan bukan premis berkenaan.

"Walaupun premis makanan mempunyai hak untuk melarang pengguna membawa masuk makanan dari luar, keputusan itu seharusnya berdasarkan pertimbangan komersial dan bukan sama ada makanan yang dibawa masuk itu mendapat sijil halal atau tidak.

"Dalam hal ini, Jakim tidak seharusnya melampaui batasan dengan mengakreditasi 'premis' berbanding hanya 'makanan'," kata Ping Sieu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan McDonald's yang hanya membenarkan kek sambutan hari jadi yang mendapat sijil halal ke dalam premisnya sebagai arahan untuk mengekalkan status halalnya, akan membuka pintu 

"Ini akan membuka pintu dengan lebih banyak kawasan seperti pengangkutan awam dan sekolah, untuk dikategorikan sebagai halal atau tidak halal.

"Ini hanya akan mengasingkan orang dari segi agama, terutama pada masa perpaduan perlu dipertingkatkan bagi menghadapi kebangkitan ekstremisme," kata Ping Sieu.

Pada Khamis, McDonald’s Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa hanya kek yang mendapat sijil halal sahaja dibenarkan masuk ke dalam premis itu di seluruh negara, selaras dengan keperluan status halal yang ditetapkan Jakim.

Rangkaian makanan segera popular itu membuat pengecualian terhadap polisi 'tiada makanan dari luar' di dalam kes kek hari jadi yang dibawa pelanggan, tetapi perlu dipastikan kek berkenaan mendapat pensijilan halal.

Jakim, McDonald

Artikel Lain