Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad berkata sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan untuk proses pendaftaran.
Katanya hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar tersebut tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.
"Kejadian berlaku pada 9.30 pagi semasa sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh seorang guru berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.