Annuar dalam kenyataan pada Isnin berkata pemilihan tapak pembinaan MRSM itu telah dimuktamadkan dua minggu lepas.
"Projek MRSM baharu ini akan dilaksanakan di satu tapak yang telah dikenalpasti di Dewan Undangan Negeri Jeneri bagi mengimbangi pembangunan Parlimen Sik," katanya.
Katanya ia merupakan MRSM ke-53 di seluruh negara dan ketujuh di Kedah dan mampu menampung kira-kira 750 pelajar.
"Ia sekali gus menjadikannya MRSM kelima menjalankan program seumpama ini selepas MRSM Gemencheh, Kota Putra, Kepala Batas dan Sungai Besar," katanya.
Beliau berharap penubuhan MRSM Sik itu akan dapat menyumbang ke arah usaha melahirkan lebih ramai tokoh korporat, profesional, teknorat serta pemimpin dalam pelbagai lapangan perniagaan berteraskan sains, teknologi, agama, kesenian, kejuruteraan dan matematik.