Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata Aziz Jaspir, 53, dan isterinya Haslinda Jalil, 47, meninggal di tempat kejadian.
Beliau berkata kejadian berlaku ketika mereka yang berniaga tempe dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Titiwangsa, Kluang.
Dipercayai kereta tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki suami isteri terbabit, katanya.
Dua individu di dalam kereta itu turut cedera parah apabila kereta mereka berlanggar dengan batu dan dirawat di hospital.