PETALING JAYA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai SPRM menahan suspek berusia 62 tahun itu di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam pada pukul 5.15 petang Ahad. Suspek, yang juga bekas pengarah urusan sebuah agensi kerajaan dan bergelar 'Datuk' didakwa meminta rasuah sebanyak RM36,000. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan menambah suspek akan didakwa di mahkamah Shah Alam pada Isnin.