suria

Maki Polis, Penganggur Didenda RM100

KUALA LUMPUR: Balasan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki seorang anggota polis yang menjalankan tugas, seorang lelaki didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini, Jumaat.

Majistret Nur A'Minahtul Mardiah Md Nor turut memerintahkan S.Pativen, 22, menjalani hukuman penjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Lelaki itu mengaku berkelakuan kurang sopan, mengugut, mengaibkan atau menghina bertujuan membangkitkan kemarahan dengan mengeluarkan perkataan untuk mengganggu ketenteraman awam terhadap Koperal Mohamad Azam Mid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Yaakob Latif, di Cheras, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 9 Januari lalu mengikut Seksyen 14 Akta KesalahanKecil 1955, dan boleh dituduh di bawah Seksyen 14 Akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman minimum, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.-- Bernama



S.Pativen, Mohamad Azam Mid

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan