suria

Tiga Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Dua wanita dan seorang lelaki maut manakala seorang lelaki lain cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 19, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, menghala ke Johor Bahru, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru ACP Mohd Taib Ahmad, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pada kejadian 8.35 malam itu, kereta Proton Perdana yang dipandu Chin Han Rong, 19, hilang kawalan dan melanggar pokok.

"Kereta Perdana dari arah Kulai menuju ke Johor Bahru itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Dua penumpang kereta berkenaan, Mary anak Jatum, 24, Foo Zi Wei, 18, dan Chin Han Xue, 21, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu hanya cedera.

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain