suria

Lori Kontena Terbakar, Lebuh Raya Sesak Teruk

IPOH: Kebakaran lori kontena berhampiran Terowong Menora di Kilometer 260.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara telah mengakibatkan pengguna terperangkap dalam kesesakan teruk.

Kejadian itu yang menyebabkan laluan sesak sehingga tiga kilometer.

Kedua-dua laluan ditutup bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran.

Ketua Operasi Bomba Meru Raya, Mohd Fauzi Hashim berkata, laluan itu ditutup kira-kira pukul 7.50 pagi dengan bantuan pihak polis.

"Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

"Kira-kira pukul 8.20 pagi, laluan sebelah kanan lebuh raya berkenaan arah utara telah dibuka," katanya.

Beliau berkata, lori yang membawa muatan air mineral itu menuju ke Sungai Petani dari Shah Alam apabila ia terbakar.

Bagaimanapun, katanya, tiada yang mengalami kecederaan.


kontena, Terowong Menora

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1.2 Juta Penumpang Guna MRT

Artikel Lain