suria

Lebih 800 Stesen Shell Kembali Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR: Lebih 800 stesen minyak Shell Malaysia di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa pagi Selasa, manakala bakinya hanya menerima urus niaga tunai.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata usaha-usaha diteruskan untuk menyelesaikan masalah teknikal di stesen berkenaan.

Pada Isnin, Shell Malaysia memaklumkan hampir semua stesen minyaknya berdepan masalah teknikal dalam urus niaga kad kredit.

Bagaimanapun, syarikat berkata urus niaga tunai diterima.-- Bernama


Shell

Artikel Lain