Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad berkata selepas tempoh itu bayi berkenaan akan diserahkan kepada keluarga angkat.
"Saya berharap ibu bapa bayi itu telah insaf dengan perbuatan mereka dan tampil menuntut bayi ini," katanya kepada Bernama Khamis.
Menurut Rela banyak pihak telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyatakan hasrat untuk mengambil bayi yang dinamakan Yusoff Fatihi itu sebagai anak angkat.
Bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain serta masih bertali pusat oleh seorang penduduk yang sedang berjoging berhampiran pasar raya tersebut pada 7 pagi.