"Azman yakin sudah sampai masanya untuk beliau memulakan pelan peralihan kepimpinan dalam entiti berkenan," kata AMMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia Rabu.
Kenyataan itu menyebut Azman, yang sudah membuat perubahan dalam pengurusan kanan kumpulan, akan kekal sebagai Pengerusi AMMB dan memberi tumpuan ke atas inisiatif strategik bagi mengukuhkan kumpulan tersebut.
"Sepanjang 35 tahun lepas, Azman menjadi nadi dalam membangunkan kumpulan itu sehingga kepada kedudukannya hari ini.
"Beliau merupakan pengerusi contoh dalam entiti terbabit. Peralihan dan pelan penggantian merupakan satu lagi bukti pandangan kehadapan beliau dalam mengukuhkan pertumbuhan kumpulan untuk dekad-dekad akan datang," katanya.