Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, gangguan bermula pada Selasa ekoran banjir di sektor Selatan, KM590.250 antara Segamat - Genuang, Johor dan sektor pantai Timur, KM 220.5, Kuala Lipis - Gua Musang.
KTMB telah membuat aturan perjalanan untuk semua perkhidmatan kereta api Intercity yang terjejas di kedua-dua sektor seperti berikut:
Penumpang layak menerima pemulangan tambang penuh bagi semua perkhidmatan tren sektor selatan dan Pantai Timur yang terjejas.
"Bagaimanapun, tuntutan pemulangan tambang boleh dibuat sebelum tren atau bas berlepas," katanya.