suria

BN Tidak Perlu Harap Bantuan Lawan - Nazri Aziz

PADANG RENGAS: Barisan Nasional (BN) perlu bekerja atas kekuatan parti itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada parti lawan atau pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata adalah penting untuk BN tidak mengharapkan kerjasama dengan pembangkang dan kalau mereka PAS bekerjasama dengan pembangkang ia akan memberikan bonus (kemenangan) kepada kita.

"Saya tidak peduli dengan keupayaan parti lain dan tidak penting untuk kita jika PAS bekerjasama dengan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis himpunan Usahawan dan Pelancaran kelab Usahawanita Unggul Parlimen Padang Rengas di sini pada Ahad.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta pendapat sekiranya PAS akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Presiden Amerika Syarikat (Amerika) Donald Trump menyenaraikan beberapa negara Islam daripada memasuki negara tersebut adalah hak Trump.

Bagaimanapun beliau berkata Malaysia tidak mengamalkan pendekatan sedemikian.

"Kalau dia (Trump) tidak membenarkan orang-orang untuk masuk ke negaranya sewenang-wenangnya, tetapi kita masih mengalu-alukan sesiapa untuk datang ke Malaysia namun kita perlu memastikan dahulu latar belakang mereka," katanya.

'Larangan ke atas masyarakat Islam' seperti dirujuk sekarang, melarang rakyat dari Iraq, Syria, Iran, Yaman, Sudan, Libya dan Somalia daripada memasuki Amerika, tanpa mengira agama, untuk tempoh 90 hari sejak perintah itu ditandatangani. - BERNAMA

BN, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain