suria

Beri Ruang Selva Kumar Jalani Kehidupan - Polis Pulau Pinang

Selva Kumar Subbiah.

BUKIT MERTAJAM: Bekas perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah tidak seharusnya diganggu dan sebaliknya diberikan ruang untuk menjalani kehidupan sekiranya dia mahu pulang ke kampung halamannya, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Ghee Lye.

"Dia sudah menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada, jadi tidak wajar untuk menghukumnya lagi.

"Kita akan pantau sekiranya dia pulang ke Pulau Pinang, dan tiada halangan untuk dia bergerak ke mana-mana," katanya pada Isnin.

Ghee Lye berkata, pada masa ini tiada daftar pesalah seksual atau pedofilia di negara ini, maka Selva Kumar adalah rakyat biasa.

"Saya diberitahu dia akan pulang ke Malaysia, tetapi bukan Pulau Pinang. Polis akan berjumpa dengan dia untuk mengetahui rancangannya selepas pulang ke Malaysia," tambahnya.

Selva Kumar, 57, selesai menjalani hukumannya pada 29 Januari lalu, selepas dihukum penjara selama 24 tahun atas 19 kes serangan seks, 24 kes dadah dan 10 kes membabitkan pelbagai jenayah lain termasuk serangan dan peras ugut.

Selva Kumar Subbiah

Artikel Sebelum

Selva Kumar Dilarang Masuk Sabah

Artikel Berikut

Artikel Lain