Ketua Biro Hubungan Masyarakat KPK Febri Diansyah pada Rabu berkata pegawai itu ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa dan akan dibawa pulang ke Jakarta secepat mungkin untuk didakwa.
Katanya pegawai terbabit dipercayai meminta wang rasuah daripada ejen dan beberapa syarikat bagi mengeluarkan pasport dan visa untuk rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.
Hasil siasatan awal mendapati pegawai berkenaan telah menerima rasuah lebih daripada Rp 1 juta (kira-kira RM300,000) sejak tahun lepas.
Febri berkata KPK juga telah menggeledah rumah pegawai terbabit di Depok dekat sini dan menyita sejumlah dokumen.Ini adalah kes kedua berkaitan pengeluaran pasport secara rasuah di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur susulan penahanan dua pegawai di kedutaan itu sebelum ini.