Pelajar berusia 17 tahun itu telah berkongsi kegembiraannya memiliki gitar itu dengan menyiarkan satu klip video di laman Facebook pada Ahad, sehari sebelum kejadian kebakaran yang turut mengorbankan abangnya Yong Liang, 20, bapanya Lim Ah Kok, 58, dan ibunya Goh Bee Khim, 51.
Sepupunya Alanox Tan, 37, berkata gitar tersebut yang turut musnah dalam kebakaran itu baru sahaja dibeli kerana Yong Wei begitu meminati bidang muzik.
"Saya sangat suka melihat dia bermain instrumen ini kerana saya juga seorang pemain gitar.
Kakaknya, Yi Jun, 23, tidak berada rumah semasa kebakaran kerana beliau tinggal di asrama kolej beliau di Cheras.
Difahamkan, beliau sepatutnya berada di rumah tetapi pulang ke asrama lebih awal pada malam Ahad bagi membuat persediaan peperiksaan.
Tan berkata Yi Jun nampak tabah tetapi mereka tetap bimbangkan dirinya.
"Dia sepatutnya menamatkan pengajian tahun ini tetapi kami bimbang tragedi itu boleh menjejaskan tumpuannya," katanya.