suria

AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 Ke Seluruh Asean

SEPANG: Pereka fesyen di seluruh rantau Asean berpeluang merebut hadiah bernilai lebih RM350,000 menerusi pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 yang kini diperluaskan ke semua 10 negara Asean tahun ini.

Ujibakat pertandingan itu akan berlangsung di setiap ibu negara Asean bermula April hingga Jun 2017 bagi memilih dua pereka muda terbaik setiap negara untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar, berharap dapat membantu pereka fesyen di rantau ini membina nama dalam industri itu melalui pertandingan ini.

"Pelbagai budaya di rantau Asean diharap memberi inspirasi kepada pereka fesyan.

"Kami bangga untuk mengumumkan bahawa pencarian tahun ini telah diluaskan ke semua 10 buah negara Asean dan kami tidak sabar untuk melihat kreativiti peserta ke pertandingan tahun ini," katanya.

Pemenang pencarian pereka fesyen serantau ini antaranya akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM350,000 termasuk slot di KL Fashion Week Ready To Wear 2018, wang tunai RM25,000 yang ditaja FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dijual di laman web fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, serta tiket penerbangan AirAsia.

Pereka fesyen terkemuka dari setiap negara seperti Q Design and Play dari Thailand, Anthony Ramirez dari Filipina dan Mel Ahyar dari Indonesia adalah panel juri bagi sesi ujibakat, sementara pengasas KL Fashion Week Ready To Wear, Andrew Tan dan pengasas FashionValet, Vivy Yusof akan menjadi panel juri tetap diseluruh Asean untuk ujibakat berkenaan.

Pereka fesyen Terkenal negara, Alia Bastamam serta Yang Mei Ling, pengarang majalah Female Malaysia juga akan menjadi  panel juri untuk ujibakat di negara ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada individu bagi mana-mana warganegara, berumur bawah 30 tahun yang menetap di mana-mana 10 negara Aseani.

Tiga akaran berinspirasikan destinasi Asean perlu disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turun di laman www.klfashionweek.com. Para peserta juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan menghantar e-mel ke [email protected].

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KL Fashion Week Ready To Wear 2017 dan akan menerbangkan pereka fesyen melalui rangkaian laluan luas AirAsia termasuk dari India, China, Australia, Jepun dan Korea Selatan untuk menyertai Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 dari 16 - 20 Ogos 2017.
 



AirAsia, Asean, Aireen Omar

Artikel Sebelum

Lelaki Dakwa 'Dewi' Suruh Bogel

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan