suria

Hanya 99 Sen Naik Uber Di Lembah Klang

PETALING JAYA: Mulai hari ini (Isnin), Uber hanya mengenakan kadar tambang rata 99 sen untuk semua perjalanan kurang dari empat kilometer (km) di Lembah Klang.

Tawaran yang berlangsung selama dua minggu (dari 13 sehingga 26 Februari) itu tidak memerlukan kod promo dan sah walaupun pada waktu puncak, tetapi hanya untuk perjalanan menggunakan UberX.

Bagaimanapun, tambang akan kembali dikira berdasarkan faktor "masa+jarak" seperti biasa semasa kesesakan lalu lintas teruk yang tidak dijangka.

Tambang juga akan dibundarkan kepada RM1 sekiranya bayaran dibuat secara tunai.

Selain itu, tawaran tidak sah bagi perjalanan antara KLIA dan KLIA2, perjalanan berjadual dan sekiranya pengguna mahu membuat beberapa perhentian.

Uber turut menawarkan untuk melanjutkan tawaran itu sekiranya pengguna berkongsi mengenai 'posting' di halaman Facebooknya.

Jika 'posting' dikongsikan sebanyak 1,000 kali, tawaran akan dilanjutkan untuk seminggu lagi, dan akan disambung kepada dua minggu bagi 2,000 perkongsian. 
.

Uber

Artikel Sebelum

Artikel Lain